Tuesday, August 9, 2011

Guru sebagai penyelidik

Guru sebagai penyelidik?

Tentunya, setiap hari para guru berhadapan masalah dalam proses pengajaran? perkara ini mungkin di alami oleh semua guru. Masalah displin pelajar, Pengajaran yang dirasa kurang berkesan dan macam-macam lagi. Masalah-masalah tersebutlah yang sepatutnya menjadi
"masalah" kepada guru sebagai penyelidik. Saban hari sebagai guru yang biasa menemui masalah tentunya mempunyai sikap ingin tahu bagaimana masalh tersebut boleh berlaku. masalah keciciran, tidak menguasai kemahiran tertentu. semasa saya melakukan kajian di peringkat sarjana saya sendiri mengkaji satu masalah yang saya sendiri alami. lalu saya jelmakan kajian tersebut bagi mencari apakah punca dan faktor yang mengakibatkan suatu isu itu berlaku. Tidak dinafikan ada yang menyatakan "buat apa nak selidik? sama sahaja jawapannya.." ada juga menyalahkan pelajarnya sahaja. Guru sebagai penyelidik bukan mahu menjadikan guru sebagai profesor. akan tetapi guru sebagai penyelidik adalah guru yang sentiasa memperbaiki mutu pengajaran dengan melihat pengalaman pengajaran mereka di masa-masa lepas.

Pendidik dan Pengajar


Guru; Pendidik dan Pengajar

Bagaimana menjadi pendidik dan pengajar?

Tugas sebagai guru kini bertukar kepada pendidik dan pengajar sekaligus.. apa yang dikatakan "mengajar" ialah memberi maklumat dan pengetahuan kepada murid tentang satu-satu bidang dan displin ilmu. manakala mendidik adalah satu proses menerap nilai, membina nilai dan mengukuh nilai dalam diri seorang murid. Di sekolah banyak cabang ilmu yang di ajar oleh guru. sebenarnya, setiap guru boleh menjadi pengajar dan pendidik sekaligus jika guru melakukan satu proses pengajaran dengan bersepadu. Apa yang di maksudkan bersepadu disini adalah melakukan proses pengajaran dan pendidikan itu dalam satu-satu masa dengan menerapkan beberapa nilai murni dalam pengajaran. proses ini dipanggil sebagai "penerapan nilai". Apa yang berlaku hari ini kebanyakkan guru kurang menerapkan nilai-nilai semasa mengajar sebagai contoh nilai yang boleh diterapkan ialah nilai akhlaq, nilai agama, nilai kemanusiaan, dan lain-lain lagi. adalah lebih baik nilai-nilai baik yang cuba diterapkan di wacanakan secara jelas oleh guru semasa dalam pengajaran dengan kaedah yang paling berkesan. Jika proses tersebut sering berlaku secara seiringan lambat laun nilai baik tersebut dapat diterima dan dicontohi dan menjadi amalan murid.